Geran padanan pendigitalan galak PKS digitalkan proses perniagaan

CYBERJAYA, 17 Feb – RM500 juta geran padanan pendigitalan disediakan selama 5 tahun untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendigitalkan proses perniagaan mereka.

Jelas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, PKS boleh melanggan perkhidmatan digital dengan kos pembiayaan 50% sehingga RM5,000.

Inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 lalu itu merupakan usaha kerajaan membantu usahawan mempertingkat mutu perniagaan melalui teknologi terkini dan perkhidmatan pendigitalan operasi perniagaan mereka.

Bank Simpanan Nasional (BSN) dilantik sebagai peneraju utama bagi menyalurkan geran padanan dari Kementerian Kewangan kepada (PKS).

BSN menjalin kerjasama strategik dengan Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Kolaborasi Strategik antara BSN, SME Bank dan MDEC.

Soalan Lazim

Inisiatif Pendigitalan PKS adalah inisiatif geran yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.

Seperti yang diumumkan di dalam Pembentangan Belanjawan 2020, Kerajaan akan menyediakan geran padanan berjumlah 50% sehingga RM5,000 bagi setiap syarikat PKS yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan.

i) Geran
Geran padanan ini terhad untuk satu (1) permohonan sahaja bagi setiap PKS. Walaubagaimanapun, PKS dibenarkan untuk memohon sehingga tiga (3) jenis perkhidmatan pendigitalan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan pendigitalan yang berdaftar dengan MDEC (“Pembekal
Perkhidmatan”)

ii) Ketersediaan
Geran ini dibekalkan oleh Kerajaan untuk tempoh lima (5) tahun bermula 17 Febuari 2020 atau apabila mencapai 100,000 permohonan, yang mana terdahulu.

iii) Yuran
Tiada yuran dikenakan.

Terdapat lima (5) jenis perkhidmatan pendigitalan yang boleh dipilih seperti
dibawah:-


i) Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)


ii) Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer Relationship
Management (CRM)


iii) Pemasaran Digital / Jualan


iv) Perolehan


v) Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai

PKS yang memenuhi kriteria di bawah adalah layak dan digalakkan untuk memohon:-
i) Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia;
ii) Syarikat berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS;

iii) Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
iv) Bagi syarikat yang baru beroperasi selama satu (1) tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut; dan
v) Bagi syarikat yang telah beroperasi melebihi dua (2) tahun, syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum RM50,000.00 untuk dua (2) tahun sebelum secara berturut. (jualan tahunan).

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berikut:-


i) Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal dan Pengarah Syarikat dan/atau Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.


ii) Salinan lesen pendaftaran syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A) atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).


iii) Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan.


iv) Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.


v) Profil syarikat. (jika ada)


vi) Invois / resit Pembayaran dan persetujuan perkhidmatan bagi perkhidmatan pendigitalan yang dipilih yang disenaraikan MDEC.

i) PKS boleh melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana – mana perkhidmatan pendigitalan yang disediakan (maksimum 3 servis).


ii) PKS mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana-mana cawangan BSN.


iii) Setelah permohonan PKS diluluskan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara Bank.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Inisiatif ini, sila hubungi:-


BSN (Bank Simpanan Nasional)
1-300-88-1900


SME Bank (Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad)
03 – 2603 7700

*Notis
Berikutan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak BSN memahami kesukaran PKS bagi menghantar borang permohonan ke cawangan-cawangan BSN. Oleh yang demikian, PKS yang ingin memohon geran padanan ini, boleh membuat penghantaran permohonan melalui emel.


Dibawah adalah senarai emel mengikut negeri bagi tujuan penghantaran borang permohonan geran padanan ini


1. Johor ; SMEDigitalizationGrantJohor@bsn.com.my
2. Kedah ; SMEDigitalizationGrantKedah@bsn.com.my
3. Kelantan ; SMEDigitalizationGrantKelantan@bsn.com.my
4. Melaka ; SMEDigitalizationGrantMelaka@bsn.com.my
5. N.Sembilan ; SMEDigitalizationGrantNegeriSembilan@bsn.com.my
6. Pahang ; SMEDigitalizationGrantPahang@bsn.com.my
7. Perak ; SMEDigitalizationGrantPerak@bsn.com.my
8. Pulau Pinang ; SMEDigitalizationGrantPulauPinang@bsn.com.my
9. Sabah ; SMEDigitalizationGrantSabah@bsn.com.my
10. Sarawak ; SMEDigitalizationGrantSarawak@bsn.com.my
11. Selangor ; SMEDigitalizationGrantSelangor@bsn.com.my
12. Terengganu ; SMEDigitalizationGrantTerengganu@bsn.com.my
13. W.P. Kuala Lumpur ; SMEDigitalizationGrantKualaLumpur@bsn.com.my
14. Micro HQ ; SMEDigitalizationGrantIbuPejabat@bsn.com.my

Workflow Optimization is a cross platform message optimization app for all devices. Contact Us

Hubungi kami

Geran boleh dimohon bagi pembelian sistem SQL Accounting dan SQL Payroll

www.bizsystem.my | zam@bizsystem.my